Aktiviti Kemerdekaan - Quizziz Kemerdekaan

29 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah mengadakan kuiz secara atas talian sempena dengan Hari Kemerdekaan yang akan datang. Kuiz ini dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Quizziz iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik.

Aktiviti ini memerlukan para peserta untuk menjawab soalan-soalan yang bertemakan “Hari Kemerdekaan” untuk melihat tahap pengetahuan am para peserta tentang Malaysia. Antara soalan yang ditanya sepanjang kuiz ini berlangsung ialah tarikh Hari Kebangsaan, ketua bagi negara Malaysia, di manakah tempat ibu negara bagi Malaysia, nyatakan prinsip rukun negara yang ke-3 dan tahun 2022 merupakan Hari Kebangsaan yang ke berapa.

Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz yang dijalan sempena dengan Hari Kemerdekaan ini diharap dapat memberi pengetahuan tambahan kepada para peserta supaya lebih bersemangat patriotik dan sayangkan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali