Kelas ICT: Membuat E-mel

5 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas ICT membuat e-mel secara bersemuka bertempat di PEDi pada 4 Jun 2022 yang lepas. Kelas tersebut memberi panduan dan bimbingan kepada peserta mengenai penggunaan dan fungsi e-mel beserta lampiran.

Peserta telah diajar mengenai fungsi-fungsi yang ada di dalam e-mel tersebut seperti inbox, sent, draft, spam dan juga trash oleh petugas PEDi RPR Sibujaya. Bimbingan untuk menghantar, menerima dan membalas e-mel juga turut diajar pada kelas tersebut. Di samping itu, fungsi untuk lampiran turut diajar supaya mudah untuk peserta tersebut melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan kelak.

Kesedaran mengenai bahaya mempercayai dan membalas e-mel yang diterima daripada sumber yang tidak pasti dan sahih juga telah didedahkan kepada peserta tersebut. Semoga kelas yang diadakan dapat memberi manfaat dan semoga peserta tersebut boleh sentiasa berwaspada pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali