TTT: Open Broadcaster Software (OBS) for Managers

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah menghadiri kursus Train the Trainer: Open Broadcaster Software (OBS) anjuran PEDi Semenyih pada 5 Mac yang lepas. Tenaga pengajar bagi kursus tersebut ialah pengurus dari PEDi Semenyih iaitu Encik Anwar Bin Maso’od.

Perkongsian yang diajar oleh Encik Anwar ialah mengenai penggunaan asas OBS bagi memudahkan kita untuk melakukan streaming ataupun apa-apa video secara langsung ataupun tidak, yang memerlukan kita mempersembahkan pembentangan dengan menarik, kemas dan teratur. Ini meliputi pengajaran bagi setiap komponen dan simbol yang ada di dalam sistem OBS termasukkan tatacara untuk penggunaan green screen, scene dan source. Turut dikongsikan ialah aplikasi-aplikasi yang harus dimuatnaik bagi mempertingkatkan persembahan seperti Scrcpy, Mal Checker, Audio Monitor dan VB Cable. Tiga peranan penting yang ditekankan oleh Encik Anwar yang mesti ada sebagai penyampai ialah isi kandungan, visual, dan audio.

Sesi yang berjalan sepanjang hari itu telah berlangsung menerusi aplikasi Google Meet dan kursus ini merangkumi semua pengurus PEDi di bawah seliaan NERA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali