Dekorasi Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

7 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah diarahkan untuk membuat aktiviti untuk mendekorasi PEDi pada 6 ogos 2022 yang lalu.

Para petugas dibantu oleh beberapa orang ahli PEDi RPR Sibujaya telah menghias PEDi dengan menambah Jalur Gemilang dan juga bendera Negeri Sarawak untuk menaikkan semangat kemerdekaan kali ini yang bertemakan Teguh Bersama. Panduan untuk mengantung dan melekat bendera-bendera di dalam dan juga di luar PEDi juga telah diikuti dengan betul berpandukan panduan yang telah diberikan oleh Jabatan Penerangan.

Diharap, para komuniti yang berada disekitar PEDi akan dapat merasakan semangat kemerdekaan yang ke-65 apabila melihat bendera-bendera yang telah digantungkan di sekitar kawasan PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali