Kelas e-Dagang Shopee

9 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 8 April 2022, seorang usahawan tempatan telah menyertai Kelas e-Dagang Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya. Beliau menyertai Kelas e-Dagang Shopee ini dengan tujuan untuk memahirkan diri tentang cara-cara penjualan produk dan juga memahami dan mempelajari segala proses dari memuatnaik produk sehinggalah menghantar pesanan kepada pembeli melalui atas talian.

Antara latihan yang telah dipelajari oleh beliau ialah belajar cara membuka akaun Shopee, cara menamakan dan memasarkan produk dengan betul dan seterusnya, cara pengeposan kepada pembeli. Selain itu, beliau juga telah mempelajari cara untuk memasukkan nombor akaun bank di Shopee untuk memudahkan beliau membuat pemindahan wang ke akaun bank daripada akaun shopee dan juga untuk memudahkan beliau untuk melihat sejarah transaksi yang berlaku sepanjang melakukan jualan di Shopee kelak.

Diharap kelas ini akan dapat membantu usahawan-usahawan baru untuk menambah pendapatan mereka melalui e-Dagang pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali