Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

24 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2022 yang lepas, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan satu taklimat berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Taklimat ini diadakan secara dalam talian melalui webinar dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini telah berjaya menarik seramai lebih kurang 400 orang usahawan-usahawan seluruh Malaysia.

Taklimat disampaikan oleh dua orang Eksekutif Pemasaran daripada SSM iaitu Encik Redza Bakhtiar dan Encik Edd Zuhair. Taklimat ini memberi fokus tentang skim terkini daripada SSM iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di mana skim ini memberi peluang kepada para golongan B40 dan para pelajar yang ingin menambah pendapatan dengan membuat pendaftaran lesen perniagaan secara percuma. Turut diselitkan sekali semasa taklimat ini adalah mengenai pengenalan kepada entiti perniagaan, tawaran daripada SSM kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Taklimat diakhiri dengan sesi demonstrasi pendaftaran SPPP melalui dalam talian oleh Encik Edd Zuhair. Demonstrasi ini sekaligus dapat membantu para peserta yang kurang mahir menggunakan ICT untuk membuat pendaftaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali