Quizziz Hari Malaysia 2022

19 September 2022 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Hari Malaysia 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah mengadakan kuiz secara atas talian sempena dengan Hari Malaysia yang akan datang. Kuiz ini dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Quizziz iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik. Aktiviti ini memerlukan para peserta untuk menjawab soalan-soalan yang bertemakan “Hari Malaysia” untuk melihat tahap pengetahuan am para peserta tentang Malaysia. Antara soalan yang ditanya sepanjang kuiz ini berlangsung ialah tarikh Hari Malaysia, ketua bagi negara Malaysia, di manakah tempat ibu negara bagi Malaysia, nyatakan prinsip rukun negara yang ke-3 dan tahun 2022 merupakan Hari Malaysia yang ke berapa. Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz yang dijalan sempena dengan Hari Malaysia ini diharap dapat memberi pengetahuan tambahan kepada para peserta supaya lebih bersemangat patriotik dan sayangkan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali