Program Kerjaya UP PERKESO

27 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2022 yang lepas, PERKESO dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah menganjurkan satu program kerjaya yang bertempat di bilik Latihan PEDi RPR Sibujaya. Program ini bertujuan untuk membantu para calon temuduga untuk mendaftarkan diri melalui laman sesawang MYFutureJobs dan seterusnya menyediakan mereka untuk ditemuduga secara dalam talian selepas mendaftar di lama sesawang tersebut. Program ini juga adalah sebagai salah satu inisiatif untuk membantu para calon temuduga yang tidak mempunyai kemudahan komputer dan akses internet yang baik untuk menjalani temuduga.

Antara majikan yang terlibat di dalam program ini adalah AEON dan I Love Yoo yang masing-masing mencari calon yang berkelayakan untuk bekerja dengan mereka. Calon yang datang akan ditemuduga secara langsung di dalam talian oleh wakil majikan yang terlibat. Diharap usaha seperti ini dapat dilakukan dengan kerap memandangkan usaha ini adalah salah satu usaha baik yang mendapat respon positif daripada komuniti sekitar Sibujaya dan Sibu dan antara langkah yang dapat membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali