Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC di PEDi

19 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei yang lepas, pihak MDEC telah menganjurkan satu webinar untuk semua PEDi di zon Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak menerusi aplikasi Zoom. Webinar ini telah dihadiri oleh para pengurus, penolong pengurus dan juga rakan digital bagi setiap PEDi. Pihak MDEC telah menerangkan peranan para petugas dan rakan digital PEDi semasa webinar ini berlangsung dengan mengaitkan keperluan dan manfaat program-progam digital MDEC mengikut kesesuaian kawasan PEDi. Turut dikongsi bersama ialah tentang ekonomi perkongsian. Ia meliputi perkembangan ekonomi dan kesan model ekonomi perkongsian kepada industri.

Selain itu, Program Digital Rakan Strategik iaitu Warongku turut diperkenalkan pada sesi kali ini. Warongku meliputi Super Apps, Malaysia Local E-Commerce dan juga WarongPOS. Yang terakhir, peranan dan tanggungjawab MDEC, SKMM dan Pegawai PEDi pada fasa 1 dan 2 diterangkan secara ringkas untuk memudahkan semua faham dengan apa yang telah disampaikan sepanjang webinar ini berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali