Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Sungai Merah, Sibu
27 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 26 Oktober 2016 yang lepas, Pusat Internet (PI) Kg Bandong dengan kerjasama PI Sibujaya, PI Bawang Assan, PI Meradong dan PI Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Sungai Merah. Program ini telah diadakan di Dewan, SMK Sg. Merah. Seramai 117 orang pelajar Tingkatan 3 dan 7 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program ini dijalan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB, Games KDB, taklimat mengenai Check Your Label dan E-Waste serta taklimat mengenai Pertandingan Mencipta Video MyKomuniti Kreatif dan Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI kepada warga sekolah. Di samping itu, program ini mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Melalui program ini, diharap para pelajar akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: