Program Kesedaran Dan Latihan Kebakaran Staf Pusat Internet Zon Central Sarawak (Sibu)
15 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2016 & 14 Oktober 2016 yang lepas, staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Zon Central Sibu dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah mengadakan satu Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran yang bertempat di PI Meradong. Program ini dihadiri oleh semua pengurus (23 September 2016 ) dan penolong pengurus (14 Oktober 2016 ) PI Zon Central Sibu 2 orang sukarelawan dan 9 orang anggota bomba yang diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Bin Belulin. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada staf PI amnya, mengenai langkah keselamatan dan tindakan sewajarnya apabila berdepan dengan situasi kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: