Komuniti
Ringkasan
Sibu Jaya merupakan sebuah bandar baru yang membangun pesat di Bahagian Sibu, Sarawak. Sibu Jaya merupakan sebuah bandar baru yang seharusnya dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun luar negeri. Bandar Sibu Jaya ini merupakan hasil usaha sama Perbadanan Pembangunan Perumahan dan AMCORP Group dari tahun 1995 lagi. Selain itu, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) juga sedikit sebanyak membangunkan Sibu jaya sejak 15 tahun yang lalu. Hasilnya, Pembangunan Sibu Jaya menampakkan hasilnya setelah berubah menjadi bandar baru dan bandar elit yang tidak asing di negara kita.
Terletak hanya 2 minit perjalanan dari Lapangan terbang Sibu, Sibu jaya merupakan destinasi persinggahan yang ideal untuk pelancong dari dalam dan luar negeri. Selain Bangunan-bangunan komersial dan industri, kawasan perumahan serta kemudahan-kemudahan disediakan, terdapat tarikan yang unik di Sibu Jaya seperti pelbagai Jualan bahan Mentah sayur sayuran, barang-barang dapur, kuih muih dan lauk pauk. Selain itu, barangan-barangan runcit di sini lebih murah dari beberapa supermarket di Bandar Sibu.
Populasi
Walaupun jauh dari Pusat Bandar, ini tidak menghalang kebanjiran penduduk yang berbilang kaum terdiri dari Melayu, Iban, Cina dan Orang Ulu sama ada yang datang dari dalam dan luar bandar Sibu sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang diilham Perdana Menteri Kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Penduduk Sibu Jaya berjumlah kira-kira 60 000 orang. Rata-rata penduduk di Sibu Jaya berbangsa Iban dan Cina serta kaum melayu dan kaum melanau yang paling sikit jumlahnya. Sibu Jaya terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Sibu.
Parlimen
Y.B. Oscar Ling Chai Yew
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : DAP
Parlimen : P212
Kawasan : Sibu
No. Telefon : 084-321085
No. Fax : 084-339861
E-Mail : oscarling1977@gmail.com
Alamat Surat-menyurat :
27B JALAN GAMBIR, 96000, SIBU, SARAWAK.
DUN
YB Datuk Tiong Thai King
Kawasan Pilihanraya : N.52 DUDONG
Nama : YB. Datuk Tiong Thai King
Tarikh Lahir : 04.07.1945
Alamat : Majlis Perbandaran Sibu Aras 25, Wisma Sanyan, No.1, Jalan Sanyan, 96000, Sibu, Sarawak.
No. Telefon : 084 – 332155
No. Fax: 084 – 332153
Parti : Sarawak United Peoples’ Party – SUPP (BN)
Persatuan
Nama Persatuan : Persatuan Penduduk Komuniti Sibu Jaya
Nama : Jocky Jim Ungka
Jawatan : Setiausaha Tetap
Bidangkuasa/Kawasan : Komuniti Flat Sibu Jaya
No Telefon : 013-8028004