Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pasar Tamu Sibu Jaya
Pasar Tamu Sibu Jaya dikenali sebagai puast himpunan sayur-sayuram hutan di Sibu. Ini kerana sayurnya bukan sahaja diperolehi dari hutan sekitar Sibu Jaya, malah dari Selangau, Kanowit dan Julau. Antara sayur-sayuran hutan terkenal yang terdapat di pasar tamu berkenaan ialah umbut dan paku pakis. Selain masih segar, hampir kesemua produk sayur-sayuran yang dipasarkan di pasar tamu terbabit ditanam sendiri.
Kedai-Kedai di Sibu Jaya
Kedai-Kedai di Sibu Jaya juga terdapat pelbagai kraftangan boleh didapati di sini.
Gerai Makanan Sibu Jaya
Ulat Sagu di Pasar Tamu Sibu Jaya
Sarawak sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan, malah tidak keterlaluan jika negeri Bumi Kenyalang ini dianggap sebagai syurga kepada penggemar makanan eksotik. Satu daripadanya ialah hidangan ulat mulong atau si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.