Program Negaraku Pameran Booth Sempena Program Gemilang Siswa Forum Jati Diri 2017
02 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 1 April 2017 yang lalu, Pusat Internet Sibujaya telah mengikut serta bersama PI Meradong dalam Program Negaraku Pameran Booth Sempena Program Gemilang Siswa Forum Jati Diri 2017. Program ini berlangsung dari jam 8:00 Pagi sehingga jam 1:00 petang di Institut Perguruan Rajang, Meradong.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Norah bt Tun Abdul Rahman, Ahli Parlimen Tanjung Manis. Terdapat pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang ikut serta dalam program ini. Selain itu juga, terdapat forum mengenai Jati Diri yang telah di sampaikan oleh Penceramah Bebas, Dr. Shafie Lugom dan Pengarah IPG Kampus Rajang, Dr. Lambat Lindong serta Pegawai Penerangan Sibu, Rosman Zaini selaku Moderator.
Tujuan booth PI dibuka adalah untuk memberi pendedahan tentang fungsi Pusat Internet 1 Malaysia (PI) dan Program Advokasi seperti Klik Dengan Bijak (KDB), E-Waste, Check Your Label dan lain-lain program yang diadakan di PI kepada siswa IPG Rajang dan pelajar tingkatan 6 SMK Meradong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: