Advokasi ICT & Photoscape
23 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2017 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan kelas Advokasi ICT & Photoscape di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 18 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini dan dibahagiakan kepada dua kumpulan. Kelas untuk kumpulan 1 telah berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari dan Kumpulan 2 telah berlangsung pada jam 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti Taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste dan Check Your Label, pengenalan kepada PI dan komputer serta pendedahan tentang penggunaan aplikasi Photoscape untuk membuat poster.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini serta memperkenalkan komponen-komponen computer serta mendedahkan peserta tentang kebaikan E-Waste serta kepentingan Check Label padah alat komunikasi sekarang. Melalui kelas ini, diharap para pelajar akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang serta mengaplikasikan penggunaan Photoscape dalam membuat “editing” gambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: