Taklimat Keselamatan Siber & Advokasi Pasca UPSR SK Agama Sibu

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2019 (Jumaat), Pusat Internet RPR Sibujaya dengan kerjasama Pusat Internet Bawang Assan dan Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan taklimat bertajuk “Keselamatan Siber & Advokasi Pasca UPSR SK Agama” di SK Agama, Sibu. Taklimat tersebut dihadiri lebih kurang 76 orang pelajar termasuk seorang guru SK Agama.

Para pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6 didedahkan dengan cara-cara menjaga keselamatan semasa melayari internet dan juga cara-cara mencegah berlakunya keadaan yang tidak diingini semasa melayari internet, khususnya semasa menggunakan applikasi media sosial seperti Facebook, Whatssapp dan Wechat. Melalui taklimat ini, diharap dapat memberi kesedaran dan menanam perasaan berjaga-jaga serta memupuk penggunaan yang positif di kalangan para pelajar dan guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali