Kelas Asas Komputer MS Excel

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibujaya telah menganjurkan Kelas Asas Komputer MS Excel pada 22 Jun 2019, iaitu pada hari Sabtu di Bilik Latihan PI Sibujaya. Seramai 7 orang peserta menghadiri kelas tersebut. Kelas bermula pada pukul 9 pagi tetapi terhenti seketika selama kira-kira satu jam kerana terputus bekalan eletrik disebabkan kerja-kerja penyelenggaran pihak SESCO. Kelas bersambung semula pada pukul 10:30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.

Peserta diajar asas-asas penggunaan MS Excel, pengenalan fungsi asas dan juga formula-formula asas MS Excel. Di samping itu, para peserta turut diajar dan dibimbing untuk menghasilkan satu aplikasi simpanan data mudah dengan menggunakan perisian MS Excel. Selain daripada itu, perkongsian KDB turut diselitkan untuk memberis kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan penjagaan keselamatan semasa menggunakan internet. Perkongsian dibuat melalui tayangan video KDB dan Advokasi. Para peserta kemudiannya diberikan latihan yang mencukupi untuk memahirkan diri mereka dan setelah tamatnya kelas, mereka diberikan sijil penyertaan untuk kursus terbabit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali