Kelas Asas ICT MS Powerpoint

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah telah menyertai Kelas Asas ICT MS Powerpoint yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Pusat Internet Sibujaya. Kelas berlansung daripada jam 9:00 pagi sehingga jam 5:00 petang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pelajaran asas MS Powerpoint dengan latihan membuat pembentangan yang baik dan berkesan, dan bimbingan menghasilkan pembentangan. Selain itu, teknik “softskill” para peserta turut diasah dengan mengadakan pembentangan di hadapan kelas.

Perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Advokasi turut dilakukan bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai bahayanya penggunaan internet yang tidak betul. Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat mengaplikasikan tips yang dipelajari untuk menghasilkan pembentangan yang lebih baik untuk tujuan pembelajaran di sekolah masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali