Kelas MS Office Word

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas asas Microsoft Word di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 4 orang peserta terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 12:30 petang sehingga 5:00 petang yang mempelajari asas penggunaan Microsoft Word untuk kegunaan harian.

Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Word dengan latihan menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Word juga asas kemahiran membuat jadual dan carta dengan menggunakan Microsoft Word. serta mengaplikasikan penggunaan aplikasi asas seperti Microsoft Word 2016.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali