Hari Bersama Komuniti PI PPR Seduan 2019

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 83 orang komuniti sekitar Pusat Internet PPR Seduan telah hadir memeriahkan Hari Bersama Komuniti PI PPR Seduan 2019. Program turut dibantu oleh wakil daripada Pusat Internet RPR Sibujaya dan Pusat Internet Bawang Assan. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara komuniti dan juga para pekerja pusat internet. Pelbagai jenis acara telah diadakan seperti Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak dan ICT Explorace untuk para belia.

Selain itu, pertandingan masakan turut diadakan untuk memeriahkan program tersebut yang disertai oleh para surirumah komuniti PPR Seduan. Selain daripada program yang melibatkan penyertaan komuniti, program Klik Dengan Bijak dan Advokasi turut disampaikan melalui penyiaran video KDB dan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran mengenai keselamatan internet kepada para pengunjung program Hari Bersama Komuniti PI PPR Seduan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali