Kelas Asas MS Powerpoint Online Magazine

30 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi tempatan telah menyertai Kelas Asas MS Powerpoint yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya. Beliau menyertai kelas asas MS Powerpoint ini dengan tujuan untuk memahirkan diri dengan perisian MS Powerpoint bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah beliau.

Antara tugasan yang perlu disiapkan oleh beliau adalah tugasan untuk membuat “Online Magazine” dengan menggunakan MS Powerpoint. MS Powerpoint dipilih sebagai perisian untuk membuat tugasan ini kerana ianya lebih mesra pengguna dan mudah difahami.

Tenaga pengajar daripada PIK RPR Sibujaya membimbing beliau dengan mengajar asas-asas MS Powerpoint seperti langkah-langkah untuk menukar saiz bentangan, memasukkan gambar, perkataan serta lain-lain yang melibatkan pembuatan “Online Magazine”. Selain itu, aktiviti sokongan seperti KDB dan Advokasi turut dilakukan bagi memberi pendedahan penggunaan internet secara positif kepada beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali