Perkongsian Usahawan Haziman’s Toast

31 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Seorang usahawan, Encik Haziman, telah ditemubual oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya pada 30 Oktober 2020 yang lepas. Temubual ini bertujuan untuk membantu mempromosikan perniagaan beliau, Haziman’s Toast, kepada semua penonton FB Live PIK RPR Sibujaya. Temubual yang dibuat secara atas talian melalui platform FB Live ini juga bertujuan untuk membantu usahawan dan peniaga-peniaga kecil menjual produk mereka, kerana pada masa kini, hampir kesemua penduduk Malaysia merasai kesan dan terjejas pendapatan kerana pandemic Covid-19. Ini merupakan salah satu usaha PIK RPR Sibujaya membantu komuniti usahawan-usahawan kecil sekitar Sibu.

FB Live dibuat bersama Encik Haziman ini berkisa mengenai perniagaan beliau, Haziman’s Toast, yang menjual roti panggang dan apam balik sebagai menu kegemaran ramai. Beliau turut mengambil kesempatan tersebut untuk menunjukkan cara-cara memasak salah satu menu popular di kedai beliau. Diharap dengan perkongsian slot keusahawan ini dapat membantu beliau mempromosikan produk Haziman’s Toast dan sekaligus meningkatkan hasil jualan beliau untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali