Kelas Asas ICT MS Publisher

29 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Tempoh PKPP tidak menghalang seorang pelajar IPTA untuk datang menghadiri kursus yang diadakan di Pusat Internet Sibujaya. Beliau menyertai kursus bagi menambah pengetahuan asas ICT untuk menyiapkan kerja atas talian yang diberikan oleh pensyarah beliau. Kelas yang diadakan adalah Kelas Asas MS Publisher di mana aplikasi ini membantu peserta untuk membuat kerja yang berkaitan dengan kerja-kerja kreatif seperti membuat poster, muka depan majalah dan pelekat nama.

Antara aktiviti yang dibuat oleh tenaga pengajar adalah aktiviti pemberian latihan dan juga ruangan soal jawab yang berkaitan di samping memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan MS Publisher dengan lebih berkesan. Aktiviti sampingan seperti perkongsian KDB dan Advokasi turut dilakukan bagi memberi pendedahan cara menggunakan internet yang positif kepada pelajar tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali