FCP Malaysia Online Safety Training

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2020 yang lepas, FCP Malaysia telah mengadakan satu taklimat keselamatan secara atas talian yang melibatkan penyertaan daripada lebih kurang 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil Pusat Internet, Klinik Kesihatan dan wakil daripada syarikat persendirian dan juga kerajaan. Taklimat ini diadakan secara atas talian bagi mengikuti SOP sewaktu PKPP yang tidak menggalakkan pertemuan bersemuka di dalam jumlah yang ramai.

Ianya disampaikan oleh wakil daripada FCP Malaysia iaitu Cik Elbee Woon dan bertujuan untuk memberi kesedaran akan bahayanya kebakaran dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah dan mengawal kebakaran sekiranya terjadi di tempat kerja. Ilmu dapat disampaikan secara berkesan oleh wakil FCP Malaysia walaupun dengan menggunakan medium atas talian dan diharap semua peserta akan dapat menimba ilmu yang bermanfaat ini untuk kegunaan masa hadapan demi keselamatan di tempat kerja maupun di rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali