Perkongsian Advokasi Macau Scam

31 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan satu sesi perkongsian advokasi secara atas talian melalui FB Live pada 30 Oktober 2020. Tajuk utama perkongsian tersebut adalah mengenai salah satu cabang jenayah siber yang semakin berleluasa di Malaysia iaitu Macau Scam. Perkongsian ini dibuat bagi memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya komuniti pusat-pusat internet seluruh Malaysia mengenai bahayanya sindiket Macau Scam ini.

Para penonton diberi informasi berkenaan Macau Scam, modus operasi sindiket tersebut malahan turut diberi perkongsian mengenai cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa Macau Scam. Perkongsian yang dibuat oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya ini turut memberi nasihat kepada para penonton supaya lebih berhati-hati sekiranya menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali dan lebih menjaga data peribadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali