TTT Streamyard Live Streaming Studio (AM)

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai kira-kira 35 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pengurus Pusat Internet negeri Sarawak di bawah kendalian NERA telah menyertai satu latihan TTT yang diadakan pada 9 Ogos 2020. Latihan diadakan melalui platform Zoom, iaitu satu platform sidang video secara atas talian. Latihan ini bertujuan untuk melatih para Penolong Pengurus PI cara-cara membuat “live streaming” yang baik dengan menggunakan platform Streamyard bagi tujuan latihan dan program di pusat internet masing-masing. Tenaga pengajar untuk TTT kali ini adalah Pengurus PI Kg. Taee iaitu Cik Ramlah.

Latihan bermula pada pukul 9:30 pagi ini berjalan lancar meskipun dengan hanya menggunakan kaedah secara atas talian. Ilmu dan perkongsian tips dapat dijalankan dengan berkesan tanpa sebarang masalah. TTT ini juga diharap dapat meningkatkan kemahiran staf PI untuk menggunakan dengan sebaik mungkin kelebihan yang terdapat di PI masing-masing untuk berkongsi ilmu dan mengajar komuniti sekita PI masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali