Kelas Asas MS Word

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020 yang lepas, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Kelas Asas MS Word yang disertai oleh 5 orang pelajar lepasan SPM. Kelas berlangsung selama 4 jam iaitu daripada pukul 1 petang sehingga 5 petang. Para pelajar diajar asas MS Word dan juga dibimbing menggunakan MS Word secara berkesan. Ini adalah supaya mereka boleh menggunakan apa yang dipelajari semasa kelas ini untuk membuat tugasan sekiranya mereka menyambung pelajaran di universiti nanti.

Modul MS Word ini diolah mengikut tahap para peserta supaya mereka lebih cepat faham dan dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Antara tugasan yang diberi adalah membuat jadual, membuat surat rasmi dan penghasilan poster. Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat mengaplikasikan tips yang dipelajari untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan kemahiran menggunakan MS Word seperti membuat surat, tugasan universiti, dan lain-lain tugasan yang melibatkan penghasilan dokumen.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali