Quizizz: Pengetahuan Am E-dagang

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan kuiz secara atas talian bagi memudahkan semua perserta untuk mengikuti kuiz tersebut sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kuiz ini dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Quizizz, iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik.

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan am para peserta tentang e-dagang yang semakin pesat berkembang pada abad ini. Antara soalan yang diuji sepanjang kuiz ini berlangsung ialah jenis-jenis aplikasi e-dagang, definisi e-dagang, fungsi e-dagang, dan kelebihan e-dagang untuk para usahawan. Di samping menambah pengetahuan, para peserta turut didedahkan dengan norma baharu iaitu melalui pembelajaran secara digital atau E-Learning.

Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz berkaitan dengan pengetahuan am e-dagang ini dapat memberi pengetahuan kepada para peserta lebih-lebih lagi kepada bakal usahawan supaya mereka lebih arif dan faham tentang istilah-istilah tersebut untuk kegunaan mereka di masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali