Quizizz: Asas Microsoft Excel

14 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Satu kuiz atas talian telah diadakan oleh Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya bagi memudahkan semua perserta untuk mengikuti kuiz tersebut sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kuiz yang dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Quizizz ini merupakan satu aplikasi pembelajaran secara elektronik.

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan para peserta tentang asas Microsoft Excel. Antara soalan yang diajukan sepanjang kuiz ini berlangsung ialah definisi bagi Microsoft Excel, format file, kegunaan Microsoft Excel, dana pa yang perlu dilakukan untuk meletakkan graf di dalam Microsoft Excel. Di samping menambah pengetahuan, para peserta turut didedahkan dengan norma baharu iaitu melalui pembelajaran secara digital atau E-Learning.

Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz berkaitan dengan Microsoft Excel ini dapat memberi pengetahuan kepada para peserta lebih-lebih lagi kepada para pelajar supaya mereka lebih arif dan faham tentang asas-asas tersebut untuk kegunaan mereka kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali