Tutorial Quizizz

25 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Sejajar dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah menganjurkan tutorial untuk membuat kuiz bagi cikgu-cikgu yang mengajar pada musim PdPR ini dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Kelas ini diadakan untuk memudahkan cikgu-cikgu untuk memvariasikan pemberian kuiz supaya Nampak lebih menarik supaya ini dapat menarik minat para pelajar.

Antara yang diajar semasa tutorial ini berlangsung adalah jenis-jenis soalan yang boleh dibuat sebagai contoh, dengan menggunakan pilihan soalan seperti multiple choice, fill-in-the-blank, checkbox, poll dan open-ended. Selain itu, aplikasi Quizizz ini dapat melihat jumlah pelajar yang telah menjawab soalan serta ketepatan jawapan daripada para pelajar dalam menjawab soalan.

Oleh itu, diharap perkongsian yang telah diajar oleh petugas pusat internet ini dapat membantu sedikit sebanyak para cikgu untuk membuat kuiz bersama-sama dengan anak murid masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali