Kursus Latihan Pengendali Makanan PEDi Sibujaya (Sesi ke-2)

27 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah mengadakan satu kursus untuk pengendali makanan dengan kerjasama daripada NZ Bunga Venture Training & Consultant pada 26 Disember 2021 yang lepas.

Kursus yang diadakan secara dalam talian ini telah dijalankan melalui aplikasi Zoom. Kursus ini bertujuan untuk membantu para peniaga makanan di semua daerah khususnya yang berada di sekitar Sibu dan Sibujaya bagi memperoleh pengetahuan tentang cara untuk mengendali makanan dengan betul dan selamat. Para peserta yang menyertai kursus ini juga akan diberikan sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Para peniaga makanan yang didapati beroperasi tanpa menghadiri kursus ini dan tidak mempunyai sijil pengendali makanan akan disabitkan dengan denda maksimum sebanyak RM10,000.

Kursus yang bermula pada pukul 9:30 pagi ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta secara dalam talian. Kesemua peserta telah mengikuti kursus ini secara dalam talian di rumah masing-masing. Sebelum kursus bermula, para peserta yang tidak mahir dalam penggunaan aplikasi Zoom telah dibimbing oleh petugas pusat ekonomi digital melalui pengajaran menerusi aplikasi Whatsapp. Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta telah dibimbing oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan ilmu yang disampaikan adalah mudah dan senang untuk difahami oleh para peserta.

Oleh itu, Kursus Latihan Pengendali Makanan yang dilakukan sebanyak dua sesi ini telah berakhir dengan jayanya. Dengan ini, para peserta yang telah mengikuti kursus ini akan mendapat sijil pengiktirafan untuk mengendali makanan dan seterusnya membantu mereka untuk berniaga tanpa sebarang masalah pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali