Bual Bicara Bersama PIBU Daro

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 26 Jun 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti Daro untuk satu sesi bual bicara bersama agensi kerajaan. Bual bicara yang dianjurkan dan dipengerusi oleh warga kerja PIK Daro ini melibatkan Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU) Daro yang diwakili oleh Puan Faruzilla binti Mokhtar.

Sesi bual bicara ini memberi pengenalan fungsi dan objektif PIBU di Sarawak, iaitu untuk membantu dan membimbing usahawan-usahawan di Sarawak. Puan Faruzilla turut berkongsi jenis-jenis bantuan yang boleh dipohon oleh para usahawan bagi membantu menambahbaik perniagaan mereka serta kelebihan dan manfaat yang boleh diberi oleh PIBU kepada para usahawan. Turut dikongsi adalah cara dan langkah untuk memohon bantuan yang sesuai untuk para usahawan.

Sesi yang berjalan selama satu jam setengah ini diakhiri oleh sesi soal jawab oleh panel dan para penonton yang menonton secara langsung melalui Facebook Live. Antara soalan-soalan yang diutarakan adalah mengenai jenis-jenis bantuan, cara permohonan dan kelayakan yang wajib ada pada usahawan untuk memohon bantuan yang ditawarkan oleh pihak PIBU.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali