Promosi Usahawa Haziman’s Toast

29 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengambil inisiatif untuk membantu mempromosi perniagaan seorang usahawan, Encik Haziman, yang juga merupakan ahli PIK RPR Sibujaya. Usaha ini adalah sebagai salah satu langkah membantu para peniaga kecil yang terkesan semasa PKP.

Promosi yang dilakukan melalui video yang dimuat naik di laman Facebook PIK RPR Sibujaya ini menerangkan mengenai perniagaan beliau iaitu perniagaan menjual makanan iaitu roti bakar. Antara menu yang popular di kedai beliau adalah seperti roti bakar Nutella, roti bakar cheese dan menu terbaru yang semakin menarik selera pelanggan adalah apam balik moden yang dihiasi perisa-perisa baru seperti coklat oreo’s, M&M, Nutella dan sebagainya.

Diharap dengan adanya inisiatif promosi seperti ini dapat membantu mempromosi perniagaan Encik Haziman dan membantu beliau yang sedikit sebanyak terkesan dengan PKP. Inisiatif seperti ini akan diteruskan lagi oleh PIK RPR Sibujaya demi untuk memabntu komuniti dan individu khususnya para usahawan-usahawan kecil sekitar Sibu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali