Program Bual Bicara Bersama Majlis Daerah Matu dan Daro

3 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 2 Julai 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti Daro untuk satu sesi bual bicara bersama agensi kerajaan. Bual bicara yang dianjurkan dan dipengerusi oleh warga kerja PIK Daro ini melibatkan Majlis Daerah Matu dan Daro.

Sesi bual bicara ini dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Encik Apohrozy Ezrie Eallie. Beliau memberi perkongsian mengenai system perlesenan perniagaan di bawah kelolaan Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD). Beliau memberi penerangan mengenai cara memohon lessen dan permit di bawah bidang kuasa MDMD, jenis-jenis lese dan permit, jenis perniagaan serta kesilapan yang biasa dilakukan oleh para pemohon. Turut dikongsi oleh beliau adalah perbezaan di antara lessen penuh perniagaan dan permit perniagaan.

Sesi yang berjalan selama dua jam ini diakhiri oleh sesi soal jawab oleh panel dan para penonton yang menonton secara langsung melalui Facebook Live serta serba sedikit perkongsian serta penerangan ringkas mengenai BKSS 6.0 yang boleh dimohon oleh para peniaga dan usahawan yang layak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali