Kelas Ringkas Powerpoint Siri 2

4 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah memuatnaik satu video Kelas Ringkas Powerpoint. Ia merupakan salah satu siri kelas ringkas yang terdiri daripada beberapa siri video kelas yang akan dimuat naik pada waktu PKP ini.

Kelas yang diadakan selama secara ringkas ini dikendalikan oleh Pengurus PIK RPR Sibujaya iaitu Encik Adib. Kelas ini dibuat secara ringkas kerana ia memudahkan para penonton untuk memahami dengan mudah dan dapat menerima ajaran yang diberi berbanding dengan kelas yang panjang. Pada siri kedua ini, peserta dan penonton akan diajar mengena cara untuk membuat pembentangan termasuk cara-cara untuk menambah slides dan jenis-jenis pembentangan yang boleh digunakan di dalam Microsoft Powerpoint.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas dan tidak sampai sepuluh minit, ianya diharap dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali