MCMC-UNICEF Webinar Online Child Protection 2021

31 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pihak UNICEF dengan Kerjasama pihak MCMC telah mengadakan satu seminar secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom dan juga menerusi laman Facebook Klik Dengan Bijak secara langsung. Webinar ini membincangkan mengenai keselamatan kanak-kanak di atas talian.

Webinar yang diadakan selama 4 jam bermula daripada pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari ini turut disertai oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya dan juga para pengurus dan penolong pengurus pusat internet komuniti seluruh Malaysia, selain daripada penyertaan daripada orang awam dan badan-badan bukan kerajaan yang lain. Webinar ini menyentuh secara khusus tajuk mengenai keselamatan kanak-kanak semasa di atas talian yang sentiasa menghadapi risiko buli siber dan penjenayah seksual. Panel-panel yang terlibat turut berkongsi kepakaran di dalam bidang masing-masing untuk menambahbaik keselamatan kanak-kanak di alam maya.

Webinar ini dapat memberi gambaran jelas kepada para penonton bahawa isi keselamatan kanak-kanak ini adalah perkara yang serius dan perlu mendapat perhatian pihak berwajib. Semoga dengan inisiatif seperti webinar ini mampu membuka mata semua yang menonton agar terus melakukan yang terbaik dan bekerjasama untuk memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya ibu bapa tentang bahana penggunaan internet tanpa kawalan kepada kanak-kanak khususnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali