Kelas Ringkas Powerpoint Siri 3

5 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Siri ketiga Kelas Ringkas Powerpoint yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya diteruskan lagi pada hari Jumaat, 4 Jun 2021. Kelas ini telah dimuatnaik di laman Facebook PIK RPR Sibujaya.

Kesinambungan siri ketiga untuk Kelas Ringkas Powerpoint ini merangkumi pelajaran mengenai pembentangan dan cara untuk membuat pembentangan yang menarik perhatian penonton. Turut diajar adalah pengenalan kepada jenis-jenis rekaan pembentangan yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint dan para penonton turut diajar untuk memilih rekaan yang sesuai dengan tajuk atau tema pembentangan. Kelas ringkas ini akan diteruskan lagi untuk beberapa siri lagi dan sebagai aktiviti pengisian untuk para pelajar khususnya kerana tidak dapat datang belajar secara bersemuka kerana kekangan SOP PKP dan untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas dan tidak sampai sepuluh minit, ianya diharap dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali