Kelas Ringkas Powerpoint Siri 4

6 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas Ringkas Powerpoint secara atas talian pada 5 Jun 2021. Kelas diadakan secara atas talian melalui platform Facebook sebagai salah satu aktiviti di dalam tempoh PKP.

Kelas yang dimuatnaik pada kali ini adalah siri keempat daripada beberapa siri kelas yang telah dimuatnaik melalui laman Facebook Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya. Pada siri keempat ini, kelas adalah berkenaan cara untuk membuat dan menukar jenis bentuk tulisan (font) dan cara untuk memuatnaik latar belakang pembentangan yang menarik. Selain itu, para penonton turut diajar cara untuk mencari gambar melalui enjin carian di dalam Powerpoint dan memuat turun gambar yang dikehendaki untuk dijadikan gambar latar belakang pembentangan.

Selain daripada asas-asas Microsoft Powerpoint, turut diselitkan adalah perkongsian program Klik dengan Bijak (KDB) dan advokasi. Ini adalah untuk memupuk semangat dan penggunaan internet secara positif di kalangan pengguna internet. Perkongsian ini diselitkan di akhir kelas dan menitik beratkan kempen terbaru daripada MCMC iaitu Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali