Kelas Ringkas Powerpoint Siri 6

8 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Siri keenam dan yang terakhir Kelas Ringkas Powerpoint yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya diteruskan lagi pada hari Isnin, 7 Jun 2021. Kelas ini telah dimuatnaik di laman Facebook PIK RPR Sibujaya.

Kesinambungan siri terakhir Kelas Ringkas Powerpoint ini merangkumi pelajaran mengenai perubahan atau peralihan pembentangan. Turut diajar adalah jenis-jenis peralihan pembentangan yang terdapat dan boleh digunakan di dalam Microsoft Powerpoint dan para penonton turut diajar untuk memilih peralihan yang sesuai dengan tajuk atau tema pembentangan mereka. Kelas ringkas ini adalah sebagai salah satu aktiviti pengisian untuk para pelajar khususnya kerana tidak dapat datang belajar secara bersemuka kerana kekangan SOP PKP dan untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas dan tidak sampai sepuluh minit, ianya diharap dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali