Advokasi Perisian Kawalan Ibu Bapa

21 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan satu perkongsian advokasi secara atas talian. Perkongsian ini adalah mengenai tajuk Perisian Kawalan Ibu Bapa dan telah dimuat naik melalui laman Facebook Pusat Internet RPR Sibujaya. Perkongsian ini dibuat melalui atas talian bagi mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19 di kalangan komuniti Sibujaya dan pihak pusat internet.

Secara ringkasnya, perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan ibu bapa supaya mengetatkan kawalan dan memantau penggunaan anak-anak mereka semasa melayari internet. Pemantauan ini boleh dilakukan oleh mereka sendiri dengan menggunakan perisian-perisian percuma dan berbayar yang boleh didapati di atas talian. Selain itu, kelebihan dan manfaat memantau penggunaan internet di kalangan anak-anak turut dikongsi sebagai salah satu kesan positif pemantauan. Di harap perkongsian yang dibuat menerusi atas talian ini sedikit sebanyak dapat memberi impak mengenai kesedaran pentingnya pemantauan penggunaan internet ini di kalangan anak-anak khususnya anak-anak komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali