Mesyuarat Zoom CBC

18 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2021 yang lepas, satu mesyuarat di antara para pekerja di antara para Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) telah diadakan secara atas talian. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membuat refresher di kalangan para petugas PIK dan memberi latihan kepada para petugas baru. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai skop kerja yang melibatkan maklumat-maklumat di PIK masing-masing.

Selain itu, sesi soal jawab dan bertukar pandangan turut diadakan bagi memberi penambahbaikan kepada mutu kerja setiap petugas PIK dengan harapan para petugas PIK dapat memberi hasil kerja yang terbaik. Di samping isu-isu berkaitan, mesyuarat yang diadakan secara atas talian ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara para pekerja PIK yang sekian lama sudah tidak membuat program bersama-sama oleh kerana kekangan SOP bagi mengawal penyebaran wabak COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali