Microsoft Forms Borang Tinjauan Pelanggan

21 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi RPR Sibujaya telah membuat satu tunjuk ajar dalam talian untuk membuat borang tinjauan pelanggan dengan menggunakan perisian Microsoft Forms. Tunjuk ajar dalam bentuk video telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi PEDi RPR Sibujaya untuk memudahkan para peserta untuk belajar secara dalam talian di lokasi masing-masing.

Tunjuk ajar dalam talian ringkas yang diadakan ini dikendalikan oleh petugas PEDi RPR Sibujaya dan sesuai dengan penonton yang ingin belajar membuat borang tinjauan pelanggan bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan. Antara yang diajar ialah, menambah logo dan tajuk, memilih jenis dan cabang soalan, kaedah menghantar dan mengumpul jawapan, melihat dan menganalisa dari borang dan seterusnya mengeksport maklumat ke Microsoft Excel untuk menganalisa secara terperinci.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas melalui perantara dalam talian, diharap ianya dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad. Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharap para penonton dapat memanfaatkan ilmu yang diajar untuk kegunaan masa hadapan, khususnya untuk menambaik mutu perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali