TTT Penggunaan Autocrat (Penolong Pengurus)

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semenyih telah mengadakan kursus untuk kesemua penolong pengurus PEDi di bawah kelolaan NERA (Maxis dan Digi) pada 24 Julai 2022. Tajuk bagi kursus tersebut ialah Train the Trainer (TTT) Penggunaan Autocrat.

Kursus yang berlangsung selama hampir 2 jam ini telah dikendalikan oleh Encik Anwar Bin Maso’od yang juga merupakan pengurus bagi PEDi Semenyih. Kursus ini diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Antara intipati pengajaran beliau ialah, beliau telah mengajar cara-cara penggunaan Autocrat, iaitu satu aplikasi untuk menghantar sijil digital secara sekaligus melalui e-mel kepada penerima-penerima sijil dengan hanya mengisi Google Form terlebih dahulu dan kemudiannya diproses menggunakan Google Slides dan Autocrat. Kesemua info ini akan juga dikumpulkan di dalam Google Drive penghantar e-mel untuk rujukan pada masa akan datang.

Kaedah ini dapat menjimatkan masa petugas-petugas PEDi untuk memproses e-sijil khususnya untuk program-program yang mempunyai bilangan peserta yang ramai. Diharapkan ilmu yang dipelajari semasa kursus ini akan membantu para penolong pengurus untuk menjimatkan masa serta menambahbaik mutu penghasilan e-sijil di PEDi masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali