Tutorial Cover Letter

27 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah menganjurkan tutorial untuk membuat cover letter bagi para pencari kerja menerusi laman media sosial Facebook PEDi RPR Sibujaya. Tutorial ini diadakan untuk membantu para pencari kerja untuk menulis cover letter dengan lebih baik supaya cover letter nampak lebih teratur dan ini akan menjurus ke arah peluang pekerjaan yang lebih cerah.

Antara yang diajar semasa tutorial ini berlangsung adalah kepentingan adanya cover letter, apa yang perlu ada semasa menulis cover letter, isi kandungan bagi cover letter, dan turut disertakan ialah contoh cover letter yang telah siap sebagai panduan.

Oleh itu, diharap perkongsian yang telah diajar oleh petugas pusat ekonomi digital ini dapat membantu sedikit sebanyak para pencari kerja untuk menulis cover letter dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali