Program Taklimat Perancangan Aktiviti dan KPI PEDi Negeri Sarawak 2022

23 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2022 yang lepas, MCMC telah menganjurkan satu program taklimat untuk semua PEDi yang bertempat di bahagian tengah Sarawak. Program taklimat yang bertempat di Hotel Kingwood, Sibu ini dihadiri oleh para pengurus PEDi bahagian tengah Sarawak.

Program yang turut dihadiri oleh wakil MCMC Kuching, Encik Scott dan Encik Muiz ini bertujuan untuk menerangkan kepada para pengurus PEDi mengenai perancangan aktiviti dan KPI PEDi untuk tahun 2022. Turut dikongsi adalah halatuju dan fokus utama PEDi untuk tahun 2022 dan seterusnya supaya kesemua PEDi di bawah MCMC Sarawak akan mempunyai fokus dan matlamat yang sama iaitu untuk membantu usahawan-usahawan kecil dan mikro di dalam Sarawak.

Taklimat yang sama turut dianjurkan oleh MCMC Sarawak untuk PEDi di bahagian utara dan selatan Sarawak dan turut membincangkan pengisian yang sama. Selain daripada itu, sesi perkongsian usahawan PEDi oleh PEDi yang terpilih turut diadakan di mana usahawan-usahawan terbaik diperkenalkan semasa sesi tersebut. Perkongsian untuk mempromosikan aplikasi dan perkhidmatan “Service Sarawak” turut diadakan bagi memperkenalkan aplikasi tersebut kepada para pengurus PEDi yang bertujuan untuk membantu komuniti sekitar PEDi pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali