Perkongsian Advokasi: Scam Tawaran Kerja

31 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Julai 2022 yang lepas, satu perkongsian advokasi yang bertajuk “Scam Tawaran Kerja” telah dikongsi oleh petugas PEDi RPR Sibujaya secara dalam talian menerusi aplikasi Facebook.

Antara yang sempat dikongsi ialah maksud bagi scam, jenis-jenis scam yang semakin berleluasa, modus operandi scammer terhadap mangsa, penjelasan yang lebih mendalam tentang scam tawaran kerja, enam cara-cara mengenal pasti penipuan pekerjaan di internet, sebagai contoh, mangsa dihubungi melalui media sosial dan yang terakhir ialah, apa langkah yang boleh dilakukan apabila menjadi mangsa scam.

Diharap dengan perkongsian ringkas ini dapat memberi kesedaran kepada para penonton supaya lebih peka terhadap penipuan-penipuan yang semakin galak berlaku dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali