Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Kg Nangka, Sibu
03 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2016 yang lepas, Pusat Internet (PI) Kg Bandong dengan kerjasama PI Sibujaya dan PI Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Kg Nangka. Program ini telah diadakan di Dewan Alamas, SMK Kg Nangka. Seramai 108 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program ini dijalan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB serta taklimat mengenai Check Your Label dan E-Waste.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI kepada warga sekolah. Di samping itu, program ini mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Melalui program ini, diharap para pelajar akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: